
Penerangan
Rak pencetak terma UMAKE menjadikan stesen pembungkusan anda kemas dalam satu unit padat. Diperbuat daripada papan PVC tebal 10mm, ia kalis air, ringan dan kukuh - jauh lebih kuat daripada rak akrilik 3mm murah di pasaran yang mudah retak bila ditindih pencetak. Tingkat atas menahan pencetak label terma manakala tingkat bawah menyimpan bil penghantaran (AWB), nota konsainan dan gulungan kertas terma simpanan supaya semuanya mudah dicapai. Pemasangan menggunakan reka bentuk slot-in yang mudah dengan skru disertakan untuk pegangan tambahan; tiada gam atau alat diperlukan. Pilih dengan atau tanpa tapak sambungan ikut kedalaman meja anda. Sebagai pengeluar terus dari kilang di Balakong, Selangor, UMAKE boleh potong saiz khas mengikut model pencetak anda dan hantar ke seluruh Malaysia dengan tempahan dalam talian yang mudah. Sesuai untuk penjual Shopee, Lazada dan TikTok Shop yang mencetak banyak waybill setiap hari dan mahukan ruang pembungkusan yang bersih dan profesional.
Penghantaran & Pembuatan
- Dibuat khas di Balakong, Selangor
- Harga kilang terus, tiada orang tengah
- Pengeluaran hari berikutnya untuk item mudah, 2-5 hari standard
- Penghantaran ke seluruh Malaysia
- Jaminan kepuasan - dibuat semula jika rosak